" Jangan Tinggalkan Amalan Sedekah Jumaat "

Rasulullah SAW bersabda :
Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada ALLAH SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya ALLAH SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.
Riwayat al-Bukhari
Madrasah Arabiah dalam proses pembinaan asrama yang boleh memuatkan
50 orang pelajar.
Madrasah ini terletak di Kampung Tok Dor Besut Terengganu.
Pada tahun 2021, Pembinaan Fasa 1 (pembinaan asrama) telah mula dibina di atas tanah wakaf seluas 5 ekar.
Antara surat kebenaran dari pihak berwajib

Gambaran Masjid dan Pusat Pengajian Impian Kami Nanti

Alhamdulillah

Atas sumbangan semua, proses pembinaan asrama dan bangunan madrasah dapat diteruskan dengan baik. 
Baru-baru ini, pembinaan untuk asrama perempuan telah berjaya diselesaikan.
Ini semua adalah berkat dari sumbangan ikhlas Tuan Puan untuk melihat anak-anak tahfiz di sini mendalami ilmu dengan baik.

Gambar & Video terkini asrama telah siap dalam pembinaan.

Akan tetapi, sumbangan Tuan/Puan masih lagi diperlukan

Banyak lagi dana diperlukan oleh madrasah untuk pembinaan bangunan yang lain seperti :
  • Masjid (tempat solat dan kelas pengajian)
  • Asrama lelaki
  • Tempat makan / masak
  • Bangunan pejabat
  • Rumah mudir & kuarters guru
Kami harapkan anda dapat meneruskan sokongan anda supaya hasrat kami ini dapat dicapai.
Kita beli pakaian ia akan buruk. Tapi jika kita bersedekah, InshaAllah pahala ini akan kekal selamanya selagi mana bangunan asrama ini digunakan.

Waktu Yang Terbaik Untuk Bersedekah Adalah SEKARANG !

Selain dapat membantu masyarakat yang memerlukan, anda juga akan mendapat besarnya manfaat bersedekah pada hari Jumaat.
Baca Doa Ini Ketika Anda Menyumbang:
Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau permudahkanlah urusanku pada hari ini
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Jika rasa was-was untuk bersedekah terus berdoa kepada Allah, kerana perasaan was-was itu dari syaitan dan syaitan suka menghalang kita dari melakukan kebaikan.
Pemberitahuan :
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan untuk pembangunan fasa 2 sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di Madrasah Arabiah.