" Jangan Tinggalkan Amalan Sedekah Jumaat "

Rasulullah SAW bersabda :
Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada ALLAH SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya ALLAH SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.
Riwayat al-Bukhari
Madrasah Arabiah dalam proses pembinaan asrama yang boleh memuatkan 50 orang pelajar, madrasah ini terletak di Kampung Tok Dor Besut Terengganu. Pembinaan asrama ini telah mula dibina pada tahun 2021 ditanah wakaf seluas 5 ekar.

Tetapi

Sayangnya proses pembinaan asrama dan bangunan madrasah sukar untuk kami siapkan disebabkan kami masih kekurangan dana dan kami sangat-sangat berharap Tuan/Puan dapat hulurkan sedikit sumbangan jika tidak keberatan untuk berbakti di Jalan Allah ini.

Gambar & Video terkini asrama masih dalam pembinaan. Jangkaan bulan 3/2024 sudah siap sepenuhnya.

Gambaran Masjid dan Pusat Pengajian Impian Kami Nanti

Antara surat kebenaran dari pihak berwajib

Dana Yang Diperlukan

RM 630k

Alhamdulillah atas izinNya kita telah berjaya kumpulkan lebih separuh. Kos keseluruhan untuk siapkan asrama ini sangat besar bagi kami, tapi kami sangat percaya bantuan dari Allah bahawa kami mampu laksanakan amanah ini jika kita bersama menjayakannya.
Kita beli pakaian ia akan buruk. Tapi jika kita bersedekah, InshaAllah pahala ini akan kekal selamanya selagi mana bangunan asrama ini digunakan.
JADI MARILAH HULURKAN SEDIKIT SUMBANGAN UNTUK KAMI BINA KEDIAMAN YANG YANG SELESA UNTUK ANAK TAHFIZ INI.
Jika rasa was-was untuk bersedekah terus berdoa kepada Allah, kerana perasaan was-was itu dari syaitan dan syaitan suka menghalang kita dari melakukan kebaikan