Kita selalu terkejar-kejar untuk urusan kerja, selalu stress demi menyara keluarga tercinta, namun adakah kita lupa bahawa dengan amalan sedekah, pasti Allah akan permudahkan setiap urusan harian kita.
Dari Abu Hurairah ra., Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sedekah yang paling utama adalah yang diberikan ketika masih sihat, kaya, dan takut akan kemiskinan. Jangan menunda-nunda sedekah sehingga kematian menjemputmu, lalu kamu berkata, 'Untuk si fulan dan si fulanlah aku sedekahkan hartaku'."
(Sahih al-Bukhari)
Madrasah Arabiah dalam proses pembinaan asrama,rumah guru dan pusat pengajian yang boleh memuatkan lebih 50 orang pelajar dan guru, madrasah ini terletak di Kampung Tok Dor Besut Terengganu. Pada tahun 2021, Pembinaan Fasa 1 (pembinaan asrama) telah mula dibina di atas tanah wakaf seluas 5 ekar.
Antara surat kebenaran dari pihak berwajib
Ini gambaran masjid dan pusat pengajian impian kami nanti
Alhamdulillah
Atas sumbangan semua, proses pembinaan asrama dan bangunan madrasah dapat diteruskan dengan baik.
Baru-baru ini, pembinaan untuk asrama perempuan telah berjaya diselesaikan.
Ini semua adalah berkat dari sumbangan ikhlas Tuan Puan untuk melihat anak-anak tahfiz di sini mendalami ilmu dengan baik.
Gambar terkini asrama perempuan yang telah siap
Akan tetapi, sumbangan Tuan/Puan masih lagi diperlukan untuk pembinaan bangunan seperti
Masjid (tempat solat dan kelas pengajian)
Asrama lelaki
Tempat makan / masak
Bangunan pejabat
Rumah mudir & kuarters guru
Dan kos yang diperlukan adalah sebanyak:
Antara sebab utama kami perlukan bantuan dengan SEGERA
1. Pembinaan asrama lelaki Pembinaan asrama ini sangat perlu kerana mereka kini menumpang di surau kampung berdekatan. Tiada penempatan khusus untuk mereka.
2. Tempat memasak Tempat sedia ada sekarang kalau diikutkan tidak mendapat kelulusan dari pihak berwajib. Ia disebabkan oleh faktor bahaya yang berkemungkinan boleh menyebabkan musibah seperti kebakaran
3. Kuarters guru Guru-guru perlu berulang alik sejauh 50km setiap hari & ianya sangat membebankan mereka. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, berkemungkinan mereka akan berhenti mengajar dan cari peluang pekerjaan lain.
Kami harapkan anda dapat meneruskan sokongan anda supaya hasrat kami ini dapat dicapai.
Kita beli pakaian ia akan buruk Tapi jika kita Bersedekah, InsyaAllah pahala ini akan kekal selamanya selagi mana bangunan ini digunakan
Konsisten Sedekah Anda Dengan Cara Yang Paling Mudah SEKARANG !
Selain dapat membantu masyarakat yang memerlukan, anda juga akan mendapat besarnya manfaat bersedekah .
Jika rasa was-was untuk bersedekah terus berdoa kepada Allah, kerana perasaan was-was itu dari syaitan dan syaitan suka menghalang kita dari melakukan kebaikan